Wednesday, July 21, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua teman.

Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni datang lagi dalam ruangan Salam Khamis.
Mutiara 71

Ucapan terima kasih yang keluar dari mulut orang yang mensyukuri kebaikanmu akan terdengar lebih merdu daripada kicauan burung dan desiran angin musim semi. Ia juga jauh lebih indah daripada gemerisik meranting pohon atau alunan suara para biduan.

Mutiara 72

Jika yang engkau minum adalah air panas maka ucapan alhamdulillah akan terlontar dari bibirmu dengan berat hati. Akan tetapi, jika yang engkau minum adalah air yang sejuk lagi segar maka seluruh anggota tubuhmu akan mengucapkan alhamdulillah secara spontan.

Okay, jumpa lagi di ruangan Salam Khamis akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

3 comments:

  1. Salam Kak Gee,
    Apa khabar? lama tak tinggal jejak di sini..sibuk sebab sem baru sudah bermula...

    Terimakasih di atas reminder di atas...
    untuk melihat lebihbanyak hadis dari Sunnan Sittah..Sila browse di sini:
    hhtp://sigir.uitm.edu.my/webhadis

    ReplyDelete
  2. salam khamis K.gee
    akak sihat ker kak?
    lama x dgr brite..mesti bz nie yer
    take care kak..

    ReplyDelete
  3. Salam K.Gee..
    tkasih kerana sekali lagi berkongsi mutiara kata ni..semoga kita bersama mendpat manafaat drnya..inshaallah

    ReplyDelete

I appreciate your sweet comments and feel free to drop by again.