Wednesday, April 20, 2011

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.



Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara
121

Jika tidak ada orang yang iri kepada mu maka bererti tidak ada kebaikan pada diri mu. Jika tidak ada seorang sahabat pun di sisimu maka bererti akhlak mu tidak terpuji. Jika engkau tidak beragama dengan baik maka bererti hidup mu tanpa pijakan.



Mutiara 122


Gembirakanlah hati mu dengan mengingati kebaikan-kebaikan yang pernah engkau lakukan. Tenangkanlah jiwa mu dengan bertaubat dari kesalahan-kesalahan. Bahagiakanlah orang lain dengan menghulurkan bantuan.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Thursday, April 14, 2011

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.


Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara
119


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: Seseorang yang disebut berhijrah di jalan Allah SWT adalah yang meninggalkan larangan-laranganNya. (Riwayat Bukhari, an-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ahmad)


Mutiara 120

Sebaik-baik harta adalah yang membawa manfaat bagimu. Sebaik-baik ilmu adalah yang mengangkat darjatmu. Sebaik-baik rumah adalah yang membawa ketenangan di hatimu. Sebaik-baik kawan adalah yang sentiasa menasihatimu.

Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.