Showing posts with label Quote of the day. Show all posts
Showing posts with label Quote of the day. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Salam Khamis

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara
123

Kegemukan bererti kelengahan (dalam mengawal nafsu). Makan terlalu kenyang akan merosak kecerdasan. Banyak tidur bererti kegagalan. Banyak ketawa mematikan hati. Selalu dibayangi perasaan cemas adalah azab.


Mutiara 124

Manisnya kekuasaan baru terasa setelah turun, laksana bayi yang baru merasakan manisnya menyusu pada saat telah dihentikan. Kegembiraan waktu menjawat akan segera lenyap dengan kesedihan sewaktu diberhentikan. Ingatlah kekuasaan atau jawatan selalu berputar.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.


Dengan ini selesai sudah paparan Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni.

Wednesday, April 20, 2011

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.



Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara
121

Jika tidak ada orang yang iri kepada mu maka bererti tidak ada kebaikan pada diri mu. Jika tidak ada seorang sahabat pun di sisimu maka bererti akhlak mu tidak terpuji. Jika engkau tidak beragama dengan baik maka bererti hidup mu tanpa pijakan.



Mutiara 122


Gembirakanlah hati mu dengan mengingati kebaikan-kebaikan yang pernah engkau lakukan. Tenangkanlah jiwa mu dengan bertaubat dari kesalahan-kesalahan. Bahagiakanlah orang lain dengan menghulurkan bantuan.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Thursday, April 14, 2011

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.


Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara
119


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: Seseorang yang disebut berhijrah di jalan Allah SWT adalah yang meninggalkan larangan-laranganNya. (Riwayat Bukhari, an-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ahmad)


Mutiara 120

Sebaik-baik harta adalah yang membawa manfaat bagimu. Sebaik-baik ilmu adalah yang mengangkat darjatmu. Sebaik-baik rumah adalah yang membawa ketenangan di hatimu. Sebaik-baik kawan adalah yang sentiasa menasihatimu.

Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Thursday, March 31, 2011

Salam Khamis


Salam buat semua rakan.


Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis

untuk renungan bersama.

Mutiara 117

Berapa banyak satu kata merenggut sederet kenikmatan dan satu kekhilafan membawa kepada kehinaan. Sebaliknya, berapa banyak kesendirian mendatangkan kebaikan dan pelakunya mendapat kemuliaan yang tinggi dari Allah SWT.


Mutiara 118

Rasullah SAW bersabda: Seseorang muslim adalah yang membuat muslim lain aman dari gangguan lidah dan tangannya. Seorang mukmin adalah yang tidak menganggu keselamatan jiwa dan harta orang lain. (Riwayat Tirmizi dan an-Nasa'i).

Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Thursday, March 17, 2011

Salam Khamis


Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara
115

Jadilah seorang yang sentiasa bersikap adil, rendah hati, pasrah pada ketentuan Allah SWT dan mengasihi semua makhluk. Selain itu, tunaikanlah ibadah wajib dan perbanyaklah bekal dengan mengerjakan ibadah-ibadah surat nescaya engkau akan mendapat kemenangan.
Mutiara 116

Tanda orang yang mendapat taufiq dan hidayah Allah SWT adalah benar perkataannya, baik amalnya, selalu menghindari kezaliman dan pemutusan silaturahim, serta husnul khatimah di akhir hayat.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, March 9, 2011

Salam Khamis


Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 113


Nikmatilah pemandangan pagi hari di saat terbitnya mentari kerana di sana engkau akan menemukan keindahan, keagungan, dan kemaha kuasaan Allah SWT. Hal tersebut akan menumbuhkan harapan dan optimisme baru dalam dirimu.

Mutiara 114

Latihlah dirimu untuk selalu bangun pagi kerana hal itu membawa keberkatan. Pada saat itu, lakukanlah kegiatan-kegiatan yang positif, seperti berzikir, membaca, menghafal dan menelaah Al-Quran atau buku-buku, mengarang, atau berjalan-jalan santai ke luar rumah.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga amalan kita pada hari ini lebih baik dari semalam.

Wednesday, March 2, 2011

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 111

Bagaimana mungkin seseorang akan bahagia jika yang ia miliki adalah anak yang derhaka, isteri yang suka bertengkar, tetangga yang jahat, kawan yang tidak suka menolong, dan jiwa yang selalu membisikkan kemaksiatan.


Mutiara 112

Sesungguhnya engkau memiliki kewajipan terhadap Tuhanmu, kewajipan terhadap dirimu, kewajipan terhadap isteri, dan kewajipan terhadap tamu maka berikanlah kepada mereka masing-masing haknya.

Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Thursday, February 10, 2011

Salam Khamis


Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 109


Sebaik-baik hari adalah yang membuatmu semakin pemaaf, yang memberikanmu ilmu pengetahuan yang baru, yang mencegahmu berbuat dosa, yang membuatmu semakin bijaksana, dan yang mengepamkan semangat dan tekad yang kuat dalam dada.

Mutiara 110

Hidup adalah kesempatan beramal yang tidak akan terasa nilainya kecuali setelah meninggal. Kesihatan adalah mahkota bagi setiap orang sihat yang tidak akan nampak kecuali oleh orang yang sakit.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga amalan kita pada hari ini lebih baik dari semalam.

Wednesday, February 2, 2011

Salam Khamis


Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 107


Jangan sampai kasih sayangmu kepada orang lain sekadar formaliti, kebencianmu terlalu berlebihan, hidupmu hanya bermegah-megah, ingatanmu lemah, dan tujuanmu dalam berbuat baik hanya untuk mendapat pujian.

Mutiara 108

Setiap orang adalah raja di rumahnya sendiri. Di dalamnya tidak seorang pun yang dapat meremehkan atau mengecilkan peranannya, sebagaimana orang yang sombong tidak dapat menghinanya dan orang yang bakhil tidak dapat menolaknya.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, January 26, 2011

Salam Khamis



Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara
105
Tidak ada ketenangan kecuali dengan menyendiri dalam ketaatan (uzlah). Tidak ada rasa aman kecuali dalam kepatuhan. Tidak ada rasa sayang kecuali dengan menepati janji. Tidak ada kepercayaan kecuali dengan kejujuran.

Mutiara 106

Berapa banyak makan yang sekali menghalang seseorang dari makan-makan berikutnya. Sering terjadi satu kalimat menimbulkan banyak permusuhan. Sering ditemukan satu kejahatan menjauhkan banyak kebaikan dan tatapan sekali menghasilkan beribu penderitaan.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, January 19, 2011

Salam Khamis


Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 103

Anak lebih berharga dari harta. Akhlak yang mulia lebih bernilai dari pangkat/jawatan. Kemahuan yang keras lebih penting dari pengalaman. Ketakwaan lebih tinggi kedudukannya dari kehormatan.

Mutiara 104

Jangan terlalu bercita-cita untuk mengerjakan seluruh yang didengar. Jangan terlalu berharap kepada setiap kawan. Jangan membocorkan rahsia kepada perempuan. Jangan mengerjakan seluruh keinginan.

Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, December 29, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 101


Kegembiraan memerlukan rasa aman. Harta memerlukan sedekah. Kemuliaan memerlukan aksi/amal, dan kekuasaan memerlukan sikap rendah hati.

Mutiara 102

Rehat hanya akan bermakna jika diawali dengan keletihan. Ketenangan hanya akan didapat setelah kerja keras. Kasih sayang orang lain hanya akan diperolehi dengan akhlak yang mulia.

Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga amalan kita pada hari ini lebih baik dari semalam.

Wednesday, December 15, 2010

Salam Khamis


Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 99


Siapa yang telah mencapai puncak kegembiraan atau kenikmatan duniawi maka hendaklah bersiap-sedia menghadapi puncak kesedihan dan penderitaan, kecuali hamba-hamba Allah SWT yang bertakwa. Mereka adalah peraih akhir kehidupannya dengan keredhaanNya dan syurga.


Mutiara 100

Orang yang paling berhak mendapat tumbuhan nikmat adalah yang paling bersyukur. Sedangkan yang paling patut dicintai adalah yang paling dermawan, tidak pernah menyakiti orang lain, dan apabila bertemu selalu memperlihatkan wajah yang jernih.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, December 8, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 97


Rezekimu jauh lebih mengetahui tempat yang patut bagimu berbanding pengetahuanmu tentang posisi yang patut baginya. Rezekimu akan selalu mengiringimu laksana bayangan yang selalu mengikuti gerak tubuh. Engkau tidak akan meninggal sebelum seluruh rezeki yang ditakdirkan bagimu diberikan.

Mutiara 98

Orang yang kurang waras adalah yang meminta pertolongan kepada orang yang bakhil. Orang yang bakhil adalah yang memandang sedikit nikmat yang telah begitu banyak dikecapi. Sementara itu, orang yang buta adalah tidak pernah melihat kekurangan (aib) yang ada pada dirinya.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, December 1, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 95
Engkau baru akan merasakan kebahagiaan jika hidupmu merdeka. Ertinya tubuhmu, fikiranmu, perasaanmu, dan khayalanmu, tidak berada di bawah penguasaan siapapun. Engkau hanya menjadi hamba bagi Allah SWT tidak yang lain.


Mutiara 96
Orang yang bahagia adalah yang dapat melupakan hal-hal yang tidak mungkin dapat diperbaiki atau diluruskan kembali, juga yang selalu mengingat kebaikan sebaliknya melupakan kejahatan orang lain terhadapnya.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, November 24, 2010

Salam Khamis


Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 93

Siapa yang rutin datang ke masjid, maka ia akan menemukan di dalamnya peringatan-peringatan Allah SWT tentang hari kebangkitan, kawan-kawan yang baik, ilmu yang bermanfaat, rahmat yang dijanjikan, nasihat-nasihat yang berguna, serta kesempatan melakukan taubat nasuha.


Mutiara 94

Siapa yang gemar berpuasa maka tabiat makannya akan baik. Siapa yang rutin sembahyang malam (tahajud) maka tabiat tidurnya akan teratur. Siapa yang dermawan akan sering dipuji dan yang sedang berkuasa akan banyak didengki.

Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga amalan kita pada hari ini lebih baik dari semalam.

Wednesday, November 10, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua teman.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 91

Kenikmatan dunia berada dalam kesihatan. Kenikmatan masa muda berada dalam semangat dan kreativiti. Kemuliaan ada dalam takwa, kehormatan ada dalam harta, dan keperibadian yang baik ada dalam kesabaran.


Mutiara 92

Manusia yang paling celaka adalah yang tidak memiliki jati diri. Sedangkan orang yang paling rugi adalah yang tidak rela dengan takdir, mengeluh terhadap rezeki yang telah ditakdirkan, dan selalu sempit hatinya.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, November 3, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua teman.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 89

Jika jiwa dalam keadaan tenang maka datangnya fajar adalah laksana jalinan rambut yang indah, malam bagaikan rangkaian perayaan. Selain itu, semua orang akan nampak menyenangkan dan tinggal di gubuk sederhana serasa di istana.


Mutiara 90

Di antara kasih sayang Allah SWT kepada manusia adalah dijadikanNya orang-orang yang taat kepadaNya kaya hati. Mereka walau hanya makan dengan beberapa suap nasi, tetapi merasa telah memiliki seluruh dunia.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga amalan kita pada hari ini lebih baik dari semalam.

Wednesday, October 27, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua teman.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 87

Menyendiri (dalam rangka ketaatan kepada Allah SWT) akan membentengimu dari pendengki, pencela, orang sombong, pengumpat dan yang suka membanggakan diri . Lihatlah, betapa besar manfaat di dalamnya!

Mutiara 88

Bepergian dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidak akan membahagiakanmu selama engkau tetap membawa kesedihan dalam hatimu. Oleh itu, campakkanlah kegelisahan hati dari relung-relung hatimu dan isilah dengan kegembiraan.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, October 13, 2010

Salam Khamis


Salam buat semua teman.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 85

Temukanlah keberuntungan dalam dunia (tidak banyak bicara). Sesungguhnya orang yang lebih suka diam akan mulia dan dicintai manusia. Banyak kejahatan bersumber dari banyak bicara.

Mutiara 86

Hidup adalah persiapan menghadapi akhirat, pengurusan diri dalam mencari penghasilan, mengecap kenikmatan yang tidak diharamkan, mempertajamkan akal, dan menyucikan diri. Selain dari semua itu adalah kerosakan atau tipuan.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.