Wednesday, December 29, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 101


Kegembiraan memerlukan rasa aman. Harta memerlukan sedekah. Kemuliaan memerlukan aksi/amal, dan kekuasaan memerlukan sikap rendah hati.

Mutiara 102

Rehat hanya akan bermakna jika diawali dengan keletihan. Ketenangan hanya akan didapat setelah kerja keras. Kasih sayang orang lain hanya akan diperolehi dengan akhlak yang mulia.

Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga amalan kita pada hari ini lebih baik dari semalam.

No comments:

Post a Comment

I appreciate your sweet comments and feel free to drop by again.