Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.
Mutiara 73
Kunci kebahagiaan yang paling murah menurut para ulama dan cendekiawan adalah menjauhi hal-hal yang tidak berguna dalam hidup. Orang yang paling bernilai di mata orang berilmu adalah yang mengasihi serta dikasihi orang lain.
Mutiara 74
Jauhilah sifat cemas dan bimbang kerana ia adalah racun. Hindari sifat mudah menyerah kerana ia kebinasaan. Buanglah jauh-jauh sifat malas kerana ia menjerumus kepada kegagalan. Hindari sikap tidak iltizam, baik dalam berkata mahupun berbuat kerana sesungguhnya ia bersumber dari rendahnya kawalan diri.
Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.
No comments:
Post a Comment
I appreciate your sweet comments and feel free to drop by again.