Wednesday, January 6, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua teman maya kak gee.

Sambungan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni untuk renungan bersama.

Mutiara 27

Berbahagialah sekarang juga, kerana anda tidak terjamin akan terus hidup. Anda tidak mempunyai jaminan akan selamat dari perubahan zaman. Maka janganlah jadikan kegelisahan sebagai mata wang anda, serta kebahagiaan sebagai hutang anda.


Mutiara 28

Hal terpenting bagi seseorang di dunia ini adalah memiliki iman yang benar, akhlak yang terpuji, akal yang lurus, tubuh yang sihat dan rezeki yang berkat. Selain semua itu, adalah beramal dan mengisi waktu dengan kesibukan yang bermanfaat.


Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Bye jumpa lagi di siri akan datang.

4 comments:

  1. Salam K.Gee
    terima kasih kerana berkongsi mutiara kata yg penuh erti ini.

    ReplyDelete
  2. salam khamis utk kak gee juga!! mutiara kata yg penuh makna!!

    ReplyDelete
  3. Salam kak Gee
    mutiara kata yang begitu indah dan bermakna untuk dihayati

    ReplyDelete
  4. salam khamis malam jumaat akak gee tewww.. ehehe

    ReplyDelete

I appreciate your sweet comments and feel free to drop by again.