Salam buat semua teman-teman.
Bertemu lagi di ruangan Salam Khamis dengan sambungan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni untuk renungan bersama.
Mutiara 61
Dirimu masih boleh berjalan di atas tapak kaki padahal pada masa yang sama banyak tapak kaki yang buntung. Engkau masih boleh berdiri tegak dengan betismu padahal ramai orang yang betisnya harus dipotong. Engkau masih boleh tidur dengan nyenyak padahal ramai orang di sekelilingmu yang sedang mengerang kesakitan.
Mutiara 62
Kedua telingamu masih boleh mendengar. Kedua matamu masih boleh melihat. Lidahmu masih boleh berkata-kata. Selain itu, tubuhmu terbebas dari berbagai penyakit fizikal dan jiwamu sihat. Adakah semua kenikmatan itu sudah engkau syukuri?
Semoga ceria selalu dan semoga kita semua berada di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT. Insyallah jumpa lagi di ruangan akan datang.
Assalammualaikum kak gee...kita kena sentiasa bersyukur dgn apa yg ada wlupun serba serbi kekurangan supaya hati lebih bahagia.
ReplyDeleteSalam pagi Khamis Kak Gee,
ReplyDeleteterimakasih di atas perkongsian ilmu ini.
salam kak gee....
ReplyDeleteinfo yg berguna...merasa bertapa beruntungnya kita...bila kita rasa kita kekurangan ada org lain yg lebih kurang dari kita....
bersyukur ats nikmat allah wlpun tidak setanding yg kita impikan...kerana setiap yg kita lihat,rasa,dengar dan sentuh adalah nikmat dr allah yg tidak terhingga...
Thank you very much for the roses :-)
ReplyDeleteLOL
Hugs from us
Kareltje & Anya
=^.^=