Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.
Mutiara 57
Siapakah yang dapat mengabulkan permintaan orang yang sedang diintai bahaya? Siapakah yang menyelamatkan seorang yang hampir tenggelam ketika ia berteriak minta tolong? Siapakah yang akan menghilangkan kesempitan dan penderitaan? Dialah Allah SWT.
Mutiara 58
Hindarilah perdebatan yang tidak perlu serta perkumpulan yang tidak bermanfaat. Jauhilah kawan yang jahil kerana ia boleh menarikmu kepada kejahilan (seperti dirinya). Ketahuilah bahawa tabiat yang buruk boleh mempengaruhi tabiat baikmu dan penglihatan matamu yang buruk boleh menjerumuskanmu ke dalam kejahatan.
Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.
salam kak Gee...semoga Allah melindungi kita dari kejahatan dan kemalangan!!
ReplyDelete