Salam buat semua teman-teman.
Bertemu lagi di ruangan Salam Khamis dengan sambungan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni untuk renungan bersama.
Mutiara 61
Dirimu masih boleh berjalan di atas tapak kaki padahal pada masa yang sama banyak tapak kaki yang buntung. Engkau masih boleh berdiri tegak dengan betismu padahal ramai orang yang betisnya harus dipotong. Engkau masih boleh tidur dengan nyenyak padahal ramai orang di sekelilingmu yang sedang mengerang kesakitan.
Mutiara 62
Kedua telingamu masih boleh mendengar. Kedua matamu masih boleh melihat. Lidahmu masih boleh berkata-kata. Selain itu, tubuhmu terbebas dari berbagai penyakit fizikal dan jiwamu sihat. Adakah semua kenikmatan itu sudah engkau syukuri?
Semoga ceria selalu dan semoga kita semua berada di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT. Insyallah jumpa lagi di ruangan akan datang.