Thursday, March 11, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua rakan-rakan.

Sambungan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni untuk renungan bersama.

Mutiara 45

Kirimkan surat pengharapanmu di tengah keheningan malam. Jadikan air matamu sebagai dakwatnya, kedua pipi sebagai kertasnya, kepasrahan sebagai setemnya, dan Arasy Ilahi sebagai alamat (tujuannya). Setelah itu, tunggulah jawapannya.

Mutiara 46

Jika engkau memohon atau mengadu keadaanmu kepada Allah SWT dalam sujud-sujudmu maka sampaikan dengan suara perlahan kerana sesungguhnya Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersamar. Jangan perdengarkan permintaanmu itu kepada orang lain di samping mu. Sesungguhnya kecintaan ditandai dengan kerahsiaan sementara manusia bersifat iri lagi dengki.



Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT. Bye jumpa lagi di siri akan datang.

4 comments:

  1. Salam K.Gee..
    Mutiara kata yg bukan saja indah kata2nya tapi indah juga maksudnya..semoga kita semua mendapat manafaatnya, tq for sharing kak

    ReplyDelete
  2. Lovely flowers by that house :-)

    Have a wonderful day...

    Kareltje =^.^=
    Anya :-)

    ReplyDelete
  3. salam khamis kak gee...suka maksud mutiara kata 46 tu!!

    ReplyDelete

I appreciate your sweet comments and feel free to drop by again.