Wednesday, February 3, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua rakan-rakan.

Berjumpa kita lagi di ruangan Salam Khamis - petikan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni sebagai renungan bersama.

Mutiara 35


Jika seseorang mencela mu maka pada hakikatnya ia telah mencaci maki Allah SWT. Pada saat itu orang tersebut juga menderhakai Allah SWT padahal Ia telah menciptakannya dari tiada; tidak bersyukur padahal Allah SWT yang telah menghilangkan lapar dan memberinya makan; juga menentang kekuasaanNya padahal Ia telah memberinya rasa aman.


Mutiara 36


Jangan memikul bola dunia di atas kepalamu. Jangan berfikir bahawa orang lain akan memerhatikan seluruh urusanmu. Ketahuilah, sesungguhnya setiap orang memiliki urusannya sendiri sehingga tidak akan sempat memerhatikan urusan orang lain.


Okay, jumpa lagi di keluaran akan datang.
Semoga kita semua di dalam rahmat dan peliharaan Allah SWT.

2 comments:

  1. Salam kak Gee.
    "Salam Khamis" akak selalu dinanti untuk renungan bersama...

    ReplyDelete
  2. salm khamis kak gee!! as always...tq for sharing!!

    ReplyDelete

I appreciate your sweet comments and feel free to drop by again.