Wednesday, April 14, 2010

Salam Khamis

Salam semua rakan-rakan.

Berjumpa kita lagi di ruangan Salam Khamis - iaitu petikan Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni untuk renungan bersama.

Mutiara 49

Jangan lupakan firman Allah SWT yang bermaksud, Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran: 173). Sungguh keyakinan seperti inilah yang boleh memadamkan kobaran api ketika kebakaran, menyelamatkan orang yang hampir tenggelam, dan menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat.


Mutiara 50

Betapa beruntungnya dirimu, wahai burung-burung. Kamu boleh menyusuri aliran sungai dengan tenang, hinggap di celah-celah ranting pepohonan, makan dari buah-buahan yang beraneka macam, tidak pernah diliputi kekhuatiran akan datangnya bahaya, dan tidak pernah melintas di atas kobaran api yang membara. Kamu jauh lebih berbahagia daripada manusia.

Ok, jumpa lagi di siri akan datang. Semoga amalan kita pada hari ini lebih baik dari semalam.

3 comments:

  1. Terima kasih auntie atas perkongsian ini.. :) Cantik betul bunga orkid!

    ReplyDelete
  2. So lovely colorful colors flowers :))))

    Hugs to all Kareltje =^.^=

    ReplyDelete
  3. Salam kak Gee..
    Akak pe kabar?
    Smoga kite semua sntiasa
    dalan perlindunganNYA..
    cantek oked tu..suke kak :)..

    ReplyDelete

I appreciate your sweet comments and feel free to drop by again.