Friday, October 30, 2009

Salam Kemaafan


Salam buat semua teman-teman maya ku yang dikasihi..................

Di kesempatan ini, kak gee ingin memohon berbanyak-banyak maaf zahir dan batin atas ape jua kesilapan kak gee sepanjang perkenalan kita terutama sejak kak gee mula berblogging lebih kurang 4 bulan yang lalu. Insyallah, dalam masa terdekat ini, kak gee akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Harapan kak gee, doa daripada teman-teman agar kak gee dan keluarga selamat pergi dan kembali, dipermudahkan Allah SWT, diberikan kesihatan dan kesabaran dalam menunaikan ibadat haji di sana dan dikurniakan haji mabrur.

To all my dear friends, thank you so much for making my life more colourful. Its so wonderful to have you all as my friends. We have been closed to each other even though in actual fact we havent met in person.

'To the world you may be just one person,
but to one person you may be the world.'



Insyallah, dipanjangkan umur bertemu kita lagi. Terima kasih di atas segalanya.

Thursday, October 29, 2009

Salam Khamis

Salam buat semua teman2............

Salam Khamis kembali lagi dengan mutiara kata dari Koleksi Al-Qarni untuk renungan kita bersama.

Mutiara 21

Janganlah menjadi kepala, kerana kepala itu sering pening. Janganlah mencari kemasyhuran kerana kemasyhuran itu ada uftinya. Sementara kecukupan tanpa kemasyhuran itu adalah kebahagiaan.

Mutiara 22

Tanda kebodohan adalah menyia-nyiakan waktu, menangguh-nangguh taubat, memusuhi manusia, derhaka kepada kedua-dua ibu bapa, dan menyebarkan rahsia.


Jumpa lagi di keluaran akan datang, insyallah. Semoga kita semua di dalam rahmat dan peliharan Allah SWT.

Wednesday, October 21, 2009

Salam Khamis

Salam buat semua sahabat2 maya ku.................
Salam Khamis iaitu petikan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni datang lagi sebagai renungan bersama.

Mutiara 19


Dalam musibah itu terdapat empat seni, iaitu mencari pahala dari Allah, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik, dan menunggu kelembutan dari Allah SWT.


Mutiara 20


Sembahyang berjemaah, menunaikan kewajipan, cinta kepada kaum muslimin, meninggalkan dosa, dan makanan yang halal, adalah kebaikan dunia dan akhirat.

Okay, jumpa lagi di keluaran akan datang. Semoga kita semua diberkati Allah SWT.

Friday, October 16, 2009

Mix n Match




Time is running very fast. Its Friday and its Show and Tell Friday at Cindy's My Romantic Home dan tomorrow is Saturday and its party time for all pink lovers .........Lets join Pink Saturday at Beverly's.

Well, my Show and Tell Friday's and Pink Saturday's post for today is still about my 'dishaholic'. With this 'dishaholic tendencies, I knew I just cant resist dishes with pink roses. It doesn't matter at all, if it is just only a teacup. At last, I ended with quite many set of pink roses teaset. But again sad to say most of them are incomplete teaset.

Okay, my friends, let me take you for a tour ............and happy viewing.




Different design and shape of teacups but I guessed it all can be mixed together.


I love when they are slightly mismatched. The difference made it all more interesting.




A big thank you my friends for visiting me and do hop to http://romantichome.blogspot.com/ and http://howsweetthesound.typepad.com/for mor exciting posts of Show and Tell Friday and and Pink Saturday. Have a great weekend.

Wednesday, October 14, 2009

Salam Khamis



Salam buat semua teman2 maya ku.................

Salam Khamis iaitu petikan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni datang lagi sebagai renungan bersama.

Mutiara 17


Kebahagiaan kerana makanan dan harta adalah kebahagiaan kanak-kanak, sementara kebahagiaan dengan pujian yang baik adalah kebahagiaan orang-orang besar, dan perbuatan yang baik adalah keagungan yang tidak akan lenyap.



Mutiara 18


Sembahyang di waktu malam adalah keagungan siang hari, senang memberikan kebaikan kepada orang lain adalah bentuk kebersihan diri, dan menunggu pertolongan dari Allah adalah ibadah.


Okay, jumpa lagi di keluaran akan datang. Semoga kita semua diberkati Allah SWT.

Friday, October 9, 2009

One of my favourites.....








http://howsweetthesound.typepad.com

Show and Tell Friday and Pink Saturday are here again. Thanks to Cindy and Beverly for hosting these wonderful event. I am always delighted to participate in both events.

Well, as most of you already knew, I have a great passion for old dishes especially those with the theme pink roses. Today I am going to share with you another collection of mine.


A few months ago, I just had a teapot.
As time running by..........the numbers keep on growing. This is one of my favourite collection. Lets enjoy it and happy viewing.
And now this is what I have. Not much, just a teapot, 7 cups n saucers plus a platter and 3 side plates.

A big thank you for stopping by. I really appreciate it my friends. Please visit Cindy and Beverly for more wonderful post of Show and Tell Friday and Pink Saturday. Have a nice weekend.

Wednesday, October 7, 2009

Salam Khamis


Salam buat semua sahabat2 maya ku.................

Salam Khamis datang lagi iaitu petikan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni sebagai renungan bersama.

Mutiara 15

Kepedihan dalam mencapai cita-cita adalah nikmat, keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan, peluh kerana kerja adalah pewangi, dan pujian yang baik adalah wangian yang semerbak.


Mutiara 16

Kebahagian itu adalah ketika mushaf menjadi kawan anda, kerja anda menjadi kesukaan anda, rumah anda menjadi tempat ibadah anda, dan perbendaharaan anda adalah sifat qanaah anda.


Okay, jumpa lagi di keluaran akan datang. Semoga kita semua di dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Friday, October 2, 2009

All About My Roses Teapots


http://romantichome.blogspot.com/

http://howsweetthesound.typepad.com



It has been a while since I last participated in Show n Tell Friday hosted by Kelli. Anyway, I would like to express my very thanks to Kelli for hosting this event all this while. She wants to take a break and no longer being the hostess. To Cindy, congratulations to you for being the new hostess.

So I thought I should join everyone today. As for today I am going to share my craziness of collectiong antique roses teapots. I am going to do a post for double event that is for Show n Tell Friday and Pink Saturday as most of the roses teapots I am going to show are with the theme pink roses.

Those teapots mean a lot to me. I love them very much. I dont have many at the moment but I think its growing though I have said to myself not to purchase anymore. Lets wait and see and whether I will keep to my words or vice versa.

Okay my friends, lets enjoy my collection for now and happy viewing.




Thank you for stopping by and be sure to drop by at Cindy's n Beverly's for more wonderful post of Show n Tell Friday and Pink Saturday.

Thursday, October 1, 2009

Salam Khamis

Salam buat semua teman maya ku.................

Berjumpa kita lagi di ruangan Salam Khamis - petikan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni sebagai renungan bersama.

Mutiara 13

Kebahagiaan ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang, sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang, dan namanya segera dilupakan.

Mutiara 14

Gembira dengan dunia adalah kegembiraan kanak-kanak, gembira dengan keimanan adalah kegembiraan orang-orang abrar, berkhidmat kepada harta adalah hina, dan beramal kepada Allah adalah kemuliaan.


Okay, jumpa lagi di keluaran akan datang. Semoga kita semua di dalam rahmat dan peliharaan Allah SWT.