Thursday, June 10, 2010

Salam Khamis

Salam buat teman semua.


Sambungan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni untuk renungan bersama.


Mutiara 65

Menciplak keperibadian orang lain, atau kehilangan identiti diri dan larut dalam identiti orang lain atau meniru secara total setiap perilaku orang lain, semuanya merupakan tindakan bodoh dan salah. Hal tersebut sama sahaja dengan membinasakan diri sendiri.


Mutiara 66

Ingatlah firman Allah SWT., Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) (al-Baqarah: 60), demikian juga firman-Nya, Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya (al-Baqarah: 148).

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Bye jumpa lagi di siri akan datang.

Tuesday, June 8, 2010

Sity's Giveaway

Salam and hello my friends.

Lets join Sity's giveaway. The rules are as follows:

GIVE AWAY YANG TAK SEBERAPA MARILAH JOIN

SYARAT2:

1.MESTI JADI FOLLOWERS

2.IKLANKAN GA NI PADA KAWAN-KAWAN ...
LEPAS TU LINK KAN KEDAI ARINA DLM BLOG MASING2

3.TINGGALKAN JEJAK DI SHOUTBOX OK ITU JERK...

Wednesday, June 2, 2010

Salam Khamis


Salam buat semua teman.

Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni datang lagi dalam ruangan Salam Khamis.

Mutiara 63

Kesalahan atau kekurangan terbesar kita adalah tidak pernah berjuang maksimal untuk mengisi hari-hari yang sedang kita jalani. Kita malah lebih asyik bernostalgia dengan kemajuan masa lalu serta membincangkan rancangan masa depan. Kenapa bersikap begitu, wahai kaum muslimin?

Mutiara 64


Jika orang mengkritik maka bererti engkau telah melakukan hal-hal yang patut untuk diperhatikan atau diingat. Dengan demikian, dirimu sebenarnya telah melebihi mereka, baik dalam hal ilmu, harta, pangkat atau kemuliaan.


Okay, jumpa lagi di ruangan Salam Khamis akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.