Thursday, June 10, 2010

Salam Khamis

Salam buat teman semua.


Sambungan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni untuk renungan bersama.


Mutiara 65

Menciplak keperibadian orang lain, atau kehilangan identiti diri dan larut dalam identiti orang lain atau meniru secara total setiap perilaku orang lain, semuanya merupakan tindakan bodoh dan salah. Hal tersebut sama sahaja dengan membinasakan diri sendiri.


Mutiara 66

Ingatlah firman Allah SWT., Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) (al-Baqarah: 60), demikian juga firman-Nya, Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya (al-Baqarah: 148).

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Bye jumpa lagi di siri akan datang.

Tuesday, June 8, 2010

Sity's Giveaway

Salam and hello my friends.

Lets join Sity's giveaway. The rules are as follows:

GIVE AWAY YANG TAK SEBERAPA MARILAH JOIN

SYARAT2:

1.MESTI JADI FOLLOWERS

2.IKLANKAN GA NI PADA KAWAN-KAWAN ...
LEPAS TU LINK KAN KEDAI ARINA DLM BLOG MASING2

3.TINGGALKAN JEJAK DI SHOUTBOX OK ITU JERK...

Wednesday, June 2, 2010

Salam Khamis


Salam buat semua teman.

Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni datang lagi dalam ruangan Salam Khamis.

Mutiara 63

Kesalahan atau kekurangan terbesar kita adalah tidak pernah berjuang maksimal untuk mengisi hari-hari yang sedang kita jalani. Kita malah lebih asyik bernostalgia dengan kemajuan masa lalu serta membincangkan rancangan masa depan. Kenapa bersikap begitu, wahai kaum muslimin?

Mutiara 64


Jika orang mengkritik maka bererti engkau telah melakukan hal-hal yang patut untuk diperhatikan atau diingat. Dengan demikian, dirimu sebenarnya telah melebihi mereka, baik dalam hal ilmu, harta, pangkat atau kemuliaan.


Okay, jumpa lagi di ruangan Salam Khamis akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, May 26, 2010

Salam Khamis


Salam buat semua teman-teman.

Bertemu lagi di ruangan Salam Khamis dengan sambungan koleksi Mutiara Kata Al-Qarni untuk renungan bersama.

Mutiara 61

Dirimu masih boleh berjalan di atas tapak kaki padahal pada masa yang sama banyak tapak kaki yang buntung. Engkau masih boleh berdiri tegak dengan betismu padahal ramai orang yang betisnya harus dipotong. Engkau masih boleh tidur dengan nyenyak padahal ramai orang di sekelilingmu yang sedang mengerang kesakitan.


Mutiara 62

Kedua telingamu masih boleh mendengar. Kedua matamu masih boleh melihat. Lidahmu masih boleh berkata-kata. Selain itu, tubuhmu terbebas dari berbagai penyakit fizikal dan jiwamu sihat. Adakah semua kenikmatan itu sudah engkau syukuri?


Semoga ceria selalu dan semoga kita semua berada di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT. Insyallah jumpa lagi di ruangan akan datang.

Wednesday, May 19, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua teman.

Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni datang lagi dalam ruangan Salam Khamis.

Mutiara 59
Biasakan dirimu menjadi pendengar yang baik, tidak memotong pembicaraan orang lain, bertutur kata lemah lembut, bersikap santun, serta meninggalkan kesan positif di hati setiap orang yang mengenalimu.
Mutiara 60
Dirimu memiliki organ tubuh yang sempurna, iaitu dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki, dan lidah. Engkau juga mempunyai iman, ilmu dan rasa aman. Kenapa masih tidak bersyukur? Tidak ingatkah anda dengan firman Allah SWT. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman: 13)

Okay, jumpa lagi di ruangan Salam Khamis akan datang. Semoga amalan kita pada hari lebih baik dari semalam.

Thursday, May 13, 2010

Nothing New ....





http://howsweetthesound.typepad.com/

How time files and without realizing its Friday already. Please check out those who are joining Show and Tell Friday hosted by Cindy and Beverly's Pink Saturday this week.

I'm still with my passion for vintage china and not forgetting my favourite flower - roses.

This is one of my favourite pattern - so called '2 roses'. I don't have a complete set yet but its more than enough with what I had now. I started this collection with these 6 pieces of chinese tea cups. Love the pattern so much.


As time goes by, the numbers keep on growing and now its overwhelming compared what I had before. Lets enjoy the pictures.


My most lovable teacups. Aj, thank you for 'scarifying' and willing to share them with me.



Last but not least these two lovely tureens that make my day.






Thanks so much for visiting and leaving me yr sweet comments. Have a nice weekend.

Wednesday, May 12, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua teman.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.


Mutiara 57

Siapakah yang dapat mengabulkan permintaan orang yang sedang diintai bahaya? Siapakah yang menyelamatkan seorang yang hampir tenggelam ketika ia berteriak minta tolong? Siapakah yang akan menghilangkan kesempitan dan penderitaan? Dialah Allah SWT.


Mutiara 58

Hindarilah perdebatan yang tidak perlu serta perkumpulan yang tidak bermanfaat. Jauhilah kawan yang jahil kerana ia boleh menarikmu kepada kejahilan (seperti dirinya). Ketahuilah bahawa tabiat yang buruk boleh mempengaruhi tabiat baikmu dan penglihatan matamu yang buruk boleh menjerumuskanmu ke dalam kejahatan.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.