Thursday, December 30, 2010

Happy New Year 2011


Salam. Happy New Year to all my friends and may 2011 be a blessing year to all of us.


Wednesday, December 29, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 101


Kegembiraan memerlukan rasa aman. Harta memerlukan sedekah. Kemuliaan memerlukan aksi/amal, dan kekuasaan memerlukan sikap rendah hati.

Mutiara 102

Rehat hanya akan bermakna jika diawali dengan keletihan. Ketenangan hanya akan didapat setelah kerja keras. Kasih sayang orang lain hanya akan diperolehi dengan akhlak yang mulia.

Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga amalan kita pada hari ini lebih baik dari semalam.

Wednesday, December 15, 2010

Salam Khamis


Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 99


Siapa yang telah mencapai puncak kegembiraan atau kenikmatan duniawi maka hendaklah bersiap-sedia menghadapi puncak kesedihan dan penderitaan, kecuali hamba-hamba Allah SWT yang bertakwa. Mereka adalah peraih akhir kehidupannya dengan keredhaanNya dan syurga.


Mutiara 100

Orang yang paling berhak mendapat tumbuhan nikmat adalah yang paling bersyukur. Sedangkan yang paling patut dicintai adalah yang paling dermawan, tidak pernah menyakiti orang lain, dan apabila bertemu selalu memperlihatkan wajah yang jernih.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, December 8, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 97


Rezekimu jauh lebih mengetahui tempat yang patut bagimu berbanding pengetahuanmu tentang posisi yang patut baginya. Rezekimu akan selalu mengiringimu laksana bayangan yang selalu mengikuti gerak tubuh. Engkau tidak akan meninggal sebelum seluruh rezeki yang ditakdirkan bagimu diberikan.

Mutiara 98

Orang yang kurang waras adalah yang meminta pertolongan kepada orang yang bakhil. Orang yang bakhil adalah yang memandang sedikit nikmat yang telah begitu banyak dikecapi. Sementara itu, orang yang buta adalah tidak pernah melihat kekurangan (aib) yang ada pada dirinya.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, December 1, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 95
Engkau baru akan merasakan kebahagiaan jika hidupmu merdeka. Ertinya tubuhmu, fikiranmu, perasaanmu, dan khayalanmu, tidak berada di bawah penguasaan siapapun. Engkau hanya menjadi hamba bagi Allah SWT tidak yang lain.


Mutiara 96
Orang yang bahagia adalah yang dapat melupakan hal-hal yang tidak mungkin dapat diperbaiki atau diluruskan kembali, juga yang selalu mengingat kebaikan sebaliknya melupakan kejahatan orang lain terhadapnya.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Wednesday, November 24, 2010

Salam Khamis


Salam buat semua rakan.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 93

Siapa yang rutin datang ke masjid, maka ia akan menemukan di dalamnya peringatan-peringatan Allah SWT tentang hari kebangkitan, kawan-kawan yang baik, ilmu yang bermanfaat, rahmat yang dijanjikan, nasihat-nasihat yang berguna, serta kesempatan melakukan taubat nasuha.


Mutiara 94

Siapa yang gemar berpuasa maka tabiat makannya akan baik. Siapa yang rutin sembahyang malam (tahajud) maka tabiat tidurnya akan teratur. Siapa yang dermawan akan sering dipuji dan yang sedang berkuasa akan banyak didengki.

Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga amalan kita pada hari ini lebih baik dari semalam.

Wednesday, November 10, 2010

Salam Khamis

Salam buat semua teman.

Sambungan mutiara kata dari koleksi Mutiara Kata Al-Qarni dalam ruangan Salam Khamis untuk renungan bersama.

Mutiara 91

Kenikmatan dunia berada dalam kesihatan. Kenikmatan masa muda berada dalam semangat dan kreativiti. Kemuliaan ada dalam takwa, kehormatan ada dalam harta, dan keperibadian yang baik ada dalam kesabaran.


Mutiara 92

Manusia yang paling celaka adalah yang tidak memiliki jati diri. Sedangkan orang yang paling rugi adalah yang tidak rela dengan takdir, mengeluh terhadap rezeki yang telah ditakdirkan, dan selalu sempit hatinya.


Okay, jumpa lagi di ruangan akan datang. Semoga kita semua di dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.